Wednesday, 28 November 2012

Kata Adjektif


Kata adjektif juga dikenali sebagai kata sifat.Kata adjektif boleh menrangkan kata nama dan kata kerja. Kata adjektif yang boleh menerangkan kata kerja ialah yang menjelaskan keadaan, cara, waktu, perasaan, bentuk, dan ukuran.

Kata Adjektif Bentuk:
a) bulat
b) leper
c) bujur
d) segiempat

Kata Adjektif Ukuran
a) besar
b) panjang
c) kecil
d) tebal

Latihan
Isi tempat kosong dengan kata adjektif yang sesuai.

tinggi          panjang          tebal          bujur          tajam           besar

1.   Zirafah ialah haiwan yang sangat ____________________.

2.  Landak ada duri _________________ pada badanya.

3.  Badan gajah sangat _______________.

4. Telur itik berbentuk ________________.

5.  Bulu beruang yang tinggal di kawasan sejuk sangat ___________.

6.  Kaki bangau sangat _____________.













Friday, 16 November 2012

JENIS-JENIS IMBUHAN

1. APITAN KATA KERJA
  • Unsur imbuhan yang hadir secara melingkungi kata dasar, iaitu imbuhan awalan dan akhiran hadir serentak. Setiap satunya mempertahankan erti dan fungsinya. Bentuk ini dikenali juga dengan nama imbuhan terbahagi atau imbuhan gabungan
a) Apitan imbuhan meN...kan
  • me...kan
          lukis - melukiskan
          lain - melainkan
          rawat - merawatkan
          warta - mewartakan
          rendah - merendahkan
  • mem...kan
          beli - membelikan
          benar - membenarkan
          bimbang - membimbangkan
          bawa - membawakan
          buang - membuangkan
  • men...kan
          cuci - mencucikan
          tadbir - mentadbirkan
          dorong - mendorongkan
          jadi - menjadikan
  • meng...kan
          ambil - mengambilkan
          alih - mengalihkan
          gantung - menggantungkan
          hitam - menghitamkan
          hasil - menghasilkan
  • menge...kan
          pos - mengeposkan
          lap - mengelapkan
          pin - mengepinkan
          pam - mengepamkan
          bom - mengebomkan

Tuesday, 13 November 2012

Kata Berimbuhan


Mari Menjawab Soalan

Jawab Soalan berdasarkan petikan 'Anjing Yang Lapar'

1. Mengapakan anjing itu menjadi manja?

     __________________________________________________________________________


2. Apakah makanan kesukaan anjing itu?

     __________________________________________________________________________

3. Apakah yang terjadi kepada anjing itu apabila tuannya keluar?

     __________________________________________________________________________

4.  Ke manakah anjing itu pergi semasa tuannya keluar?

     __________________________________________________________________________

5.  Pada pendapat kamu apakah pengajaran yang boleh kita dapati daripada cerita ini?

     __________________________________________________________________________


Anjing Yang Lapar


 
        Suatu masa dahulu, ada seekor anjing yang sangat disayangi oleh tuannya. Oleh kerana terlalu disayangi, anjing itu menjadi manja. Biasanya, dia tidak sabar-sabar dan menyambar makanan dari tangan tuannya. Anjing itu amat sukakan telur dan selalu masuk ke dapur lalu memakan semua telur di situ.
        Pada suatu hari, semasa tuannya keluar, anjing itu berasa lapar. Di dapur pula tiada apa-apa makanan. Maka anjing itu pun keluar dari rumah dan menuju ke tepi pantai. Di situ dia terlihat sebiji tiram dan menyangkakan ia adalah sebiji telur.
        Dengan gelojohnya dia menelan tiram itu. Tiba-tiba perutnya sakit. Seekor ikan yang terlihat anjing itu menelan sebutir tiram berkata, "Itulah hukuman kamu kerana terlalu gelojoh. Kamu harus faham bahawa bukan semua benda yang bulat itu adalah telur". Anjing itu pun berasa malu dan terus pergi dari situ.