Suatu masa dahulu, ada seekor anjing yang sangat disayangi oleh tuannya. Oleh kerana terlalu disayangi, anjing itu menjadi manja. Biasanya, dia tidak sabar-sabar dan menyambar makanan dari tangan tuannya. Anjing itu amat sukakan telur dan selalu masuk ke dapur lalu memakan semua telur di situ.
Pada suatu hari, semasa tuannya keluar, anjing itu berasa lapar. Di dapur pula tiada apa-apa makanan. Maka anjing itu pun keluar dari rumah dan menuju ke tepi pantai. Di situ dia terlihat sebiji tiram dan menyangkakan ia adalah sebiji telur.
Dengan gelojohnya dia menelan tiram itu. Tiba-tiba perutnya sakit. Seekor ikan yang terlihat anjing itu menelan sebutir tiram berkata, "Itulah hukuman kamu kerana terlalu gelojoh. Kamu harus faham bahawa bukan semua benda yang bulat itu adalah telur". Anjing itu pun berasa malu dan terus pergi dari situ.
cerita sangat menarik..dan penuh pengajaran..Teruskan blog yang cantik ini.
ReplyDelete